Sifar Downtime • Ready Stock Pengedar Sah Toyota 2026

TOYOTA HILUX 2026: READY STOCK & SEBUT HARGA PANTAS

Tak perlu tunggu giliran 3 hingga 4 bulan. Semak unit fizikal sedia ada dari pengedar sah Toyota sekarang.
Toyota Hilux Single Cab 2.4 MT 4x4 Solid White
Harga OTR RM 104,880
Jimat Cukai 24% RM 25,171
Kargo Lantai Besi Paling Panjang
Cengkaman Rear Diff Lock Mekanikal
  • Muat 1 tan muatan berat (sawit, simen, baja, genset).
  • Target: Tauke kebun sawit, kontraktor tapak, pembekal hardware.
Toyota Hilux Double Cab 2.8 Rogue AT 4x4 Bronze Mica
Harga OTR Dari RM 119,880
Prestasi Tork Sehingga 500 Nm
Kapasiti 5 Tempat Duduk Selesa
Keselamatan Toyota Safety Sense (TSS)
  • Varian 2.4E, 2.4V, 2.8 Rogue dan GR Sport untuk famili dan staf tapak.
  • Target: Pengarah projek, site engineer, kegunaan harian dan tapak.

Bila lori lama mula meragam, kerja tapak dan kebun tergendala. Kami bantu semak baki stok fizikal yang boleh lock terus di bilik pameran sah seluruh Malaysia. Sediakan sebut harga syarikat, bantu submit pinjaman, sampai serah kunci.

  • Unit Fizikal Sedia Ada: Semak baki stok sebenar tanpa janji kosong.
  • Jimat Cukai Syarikat: 100% pelepasan cukai Jadual 3 ACP 1967 (jimat sehingga RM39k).
  • Sebut Harga 24 Jam: Quotation rasmi dan e-invois lengkap untuk akaun syarikat.
  • Semakan Percuma: Tiada bayaran booking atau kos tersembunyi.
100% Percuma • Tiada Booking Fee • Maklum Balas WhatsApp Pantas

1. Kenapa Tauke dan Kontraktor Tetap Cari Hilux?

Lori jenama lain lalu depan mata pun orang panggil Hilux. Bukan sebab skrin besar atau rekaan futuristik, tapi sebab masuk ladang sawit atau jalan berbatu, Hilux tak pernah bagi tauke sakit kepala.

Enjin GD Single Turbo Lasak

Enjin 2.4L dan 2.8L diesel dibina untuk kerja berat berterusan. Tak sensitif minyak, tak manja sensor, dan tak risau isu panas macam enjin bi-turbo.

Spare Parts Kedai Mana Pun Ada

Dari bandar besar sampai pekan hujung kampung, semua kedai alat ganti ada simpan stok. Mekanik tepi jalan pun reti baiki. Lori takkan tersadai berminggu-minggu tunggu barang luar negara.

Mechanical Rear Diff Lock

Bila tayar belakang tergantung dalam selut lecak, tekan satu butang cengkaman terus lock fizikal. Bukan bergantung pada komputer semata-mata.

Kargo Tahan Seksa

Muat simen, baja, mesin genset, atau buah sawit sampai 1 tan tanpa risau casis meleding.

Resale Value Paling Keras di Malaysia

Lepas 4 ke 5 tahun bila syarikat nak tukar lori baru, kedai used car berebut beli Hilux tunai. Susut nilai paling rendah dalam pasaran pikap.

100% Pelepasan Cukai LHDN

Beli atas nama syarikat, tolak habis dari cukai pendapatan perniagaan.

2. Jimat Cukai Syarikat Sehingga RM39,139 (Jadual 3 ACP 1967)

Kalau syarikat beli kereta sedan penumpang, pelepasan cukai LHDN terhad setakat RM50,000 sahaja. Baki harga kereta tak boleh tolak cukai.

Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967

100% Pelepasan Cukai Penuh Kenderaan Komersial

Hilux didaftarkan sebagai kenderaan komersial. Bawah Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, syarikat dapat pelepasan penuh: 100% Qualifying Capital Expenditure (QCE) untuk tolak harga penuh kenderaan daripada pendapatan syarikat melalui Elaun Permulaan 20% dan Elaun Tahunan 20% (selesai tolak dalam tempoh 4 hingga 5 tahun). Pada kadar cukai syarikat 24%, syarikat awak jimat bayar cukai tunai puluhan ribu ringgit.

Varian Hilux Harga OTR Layak Potong Cukai Jumlah Jimat Cukai Kos Sebenar Kenderaan
Single Cab 2.4 MT RM 104,880 RM 104,880 (100%) RM 25,171 RM 79,709
Double Cab 2.4E AT RM 119,880 RM 119,880 (100%) RM 28,771 RM 91,109
Double Cab 2.8 Rogue RM 163,080 RM 163,080 (100%) RM 39,139 RM 123,941
Sedan Biasa (>RM150k) RM 160,000 Terhad RM 50,000 RM 12,000 RM 148,000

*Nota ringkas: Beli Hilux Rogue RM163k, syarikat jimat bayar cukai LHDN sebanyak RM39,139. Cash flow syarikat jimat, aset kerja dapat.

3. Hakikat Suspensi: Kenapa Leaf Spring Hilux Keras Waktu Kosong?

Cakap terus terang: kalau bawa Hilux kosong tanpa barang, bahagian belakang memang rasa melantun sikit.

Toyota kekalkan spring daun (leaf spring) bertingkat sebab Hilux dibina untuk pikul barang 1 tan di belakang. Bila ada muatan 300kg ke 500kg atas kargo, baru suspensi mampat dan lori jadi sangat mantap serta melekat di atas jalan.

Kalau awak cari kenderaan lembut macam sedan untuk pusing mall, Hilux bukan untuk awak. Tapi kalau nak lori yang boleh redah ladang sawit dan tapak projek bawa barang berat bertahun-tahun tanpa patah spring, inilah jenteranya.

4. Pakej Serahan & Sokongan Pengedar Sah

Semua urusan dibuat telus bersama penasihat jualan sah Toyota:

Bedliner Kargo Lasak
Pelapik kargo berkualiti siap pasang, lindungi lantai besi belakang daripada calar dan karat.
Minyak Tangki Penuh
Isi minyak penuh masa hari serahan kunci untuk memudahkan perjalanan terus ke tapak.
Tinted Keselamatan
Filem penapis haba dan keselamatan standard JPJ siap pasang.
Dokumen Rasmi Syarikat
Quotation rasmi dan e-invois LHDN siap dalam 24 jam untuk urusan akaun syarikat.
Urusan Trade-In
Nilai harga kereta lama awak secara telus di bilik pameran dengan tawaran terbaik.

5. Pilihan Varian & Harga Atas Jalan 2026

Harga rasmi Semenanjung Malaysia (tanpa insurans). Anggaran bulanan dikira atas deposit 10% pinjaman 9 tahun:

Kargo Lasak & Tapak

Single Cab 2.4 MT 4x4

RM 104,880 | Anggaran RM 1,080/bln
Toyota Hilux Single Cab 2.4 MT
2.4L Diesel Turbo (150 PS / 400 Nm), Manual 6-Kelajuan
  • Ruang lantai kargo paling panjang dalam keluarga Hilux
  • Rim besi tahan lasak, bumper hitam tahan calar
  • Pacuan 4x4 dengan mechanical rear diff lock
  • 3 Beg Udara, ABS, VSC dan Hill-Start Assist
Pilihan untuk: Tapak binaan, ladang sawit, dan angkut muatan berat.
Pilihan Fleet Syarikat

Double Cab 2.4E MT / AT 4x4

RM 117,880 / RM 119,880 | Anggaran RM 1,215 / RM 1,235/bln
Toyota Hilux Double Cab 2.4E
2.4L Diesel Turbo (150 PS / 400 Nm), Manual atau Auto 6-Kelajuan
  • Kabin 5 tempat duduk selesa untuk famili dan staf
  • Lampu halogen tahan lasak dan rim alloy 17 inci
  • Skrin audio dengan sambungan telefon pintar
  • Sensor undur dan kamera belakang untuk tapak kerja
Pilihan untuk: Fleet syarikat, site engineer, kegunaan kerja tapak dan harian.
Eksekutif Tapak

Double Cab 2.4V AT 4x4

RM 149,580 | Anggaran RM 1,540/bln
Toyota Hilux Double Cab 2.4V
2.4L Diesel Turbo (150 PS / 400 Nm), Auto 6-Kelajuan
  • Lampu Bi-LED automatik dengan lampu siang LED (DRL)
  • Kerusi kulit selesa dengan sokongan pemanduan mantap
  • Skrin sesentuh 9 inci Apple CarPlay & Android Auto
  • Kamera 360 darjah, Blind Spot Monitor (BSM) & 7 Beg Udara
Pilihan untuk: Pengurus dan penyelia tapak yang mahukan keselesaan eksekutif dalam lori kerja.
Flagship Komersial

Double Cab 2.8 Rogue AT 4x4

RM 163,080 | Anggaran RM 1,680/bln
Toyota Hilux Double Cab 2.8 Rogue AT
2.8L Diesel Turbo (204 PS / 500 Nm), Auto 6-Kelajuan
  • Kuasa 500 Nm dengan turbo penyejuk cecair
  • Pakej penuh Toyota Safety Sense (AEB, Lane Departure, Blind Spot)
  • Styling rugged khas Rogue, gril maskulin & rim 18 inci gelap
  • Pencahayaan iluminasi pintu dan ruang kaki kabin
Pilihan untuk: Tauke dan pengarah syarikat yang mahukan kuasa tinggi di lebuh raya serta perlindungan keselamatan penuh.
★ Flagship GR Sport

Double Cab 2.8 GR Sport AT 4x4

RM 173,280 | Anggaran RM 1,785/bln
Toyota Hilux Double Cab 2.8 GR Sport
2.8L Diesel Turbo (221 PS / 550 Nm), Auto 6-Kelajuan
  • Kuasa ditala ke 550 Nm dengan paddle shifter
  • Suspensi sukan Monotube khas untuk kawalan selekoh mantap
  • Angkup brek merah logo GR, body kit GR lebar & kerusi suede
  • Pedal sport aloi dan kemasan dalaman Gazoo Racing
Pilihan untuk: Peminat prestasi lasak maksimum dan pemanduan sporty.

6. Perbandingan TCO & Ketahanan Kerja vs Pesaing

Lihat perbandingan kos pemilikan sebenar dan ketahanan komponen antara Hilux dan model pikap lain di pasaran:

Ciri & Faktor Kerja Toyota Hilux 2.4 / 2.8 Ford Ranger 2.0 Bi-Turbo Mitsubishi Triton 2.4
Ketahanan Enjin Single turbo tugas berat, tak sensitif minyak diesel Enjin bi-turbo elektronik, sensitif suhu panas Enjin 4N16 baharu, prestasi baik
Bekalan Alat Ganti Ada di hampir semua kedai alat ganti Malaysia Bergantung pengedar sah, masa tunggu lebih lama Baik, tapi pilihan kedai luar lebih terhad
Sistem Cengkaman Rear Diff Lock mekanikal pada semua model 4WD Kawalan elektronik mengikut varian Super Select 4WD (varian terpilih)
Resale Value (5 Thn) Kekal 65% hingga 72% daripada harga asal Sekitar 52% hingga 58% Sekitar 55% hingga 60%
Kelebihan Tunai Jimat RM15k ke RM25k bila trade-in Susut nilai lebih pantas Susut nilai sederhana

Kalkulator Pinjaman Sewa Beli & Jimat Cukai Interaktif

Kira anggaran bayaran bulanan dan nilai penjimatan cukai korporat (24%) serta merta:

Wang Pendahuluan (Deposit): 10% (RM 10,488)
*Kadar faedah indikatif sewa beli dikira pada kadar 2.45% setahun. Kelulusan tertakluk kepada penilaian profil bank.
Anggaran Ansuran Bulanan
RM 1,080
Jumlah Pembiayaan Pinjaman: RM 94,392
Penjimatan Cukai Syarikat (24% Corporate Tax)
RM 25,171
Di bawah 100% Capital Allowance Jadual 3 ACP 1967 untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd / Enterprise.
Muat Turun Dokumen Percuma

7. Panduan Pembelian Komersial Toyota Hilux 2026 (PDF)

Dapatkan formula lengkap tuntutan 100% Capital Allowance Jadual 3 ACP 1967, jadual selenggara 100,000 km, dan senarai semak dokumen pinjaman komersial (Enterprise vs Sdn Bhd).

Muat Turun Panduan PDF

8. Semak Baki Stok Sedia Ada & Sebut Harga Rasmi

Penasihat jualan sah Toyota akan hubungi awak melalui WhatsApp dalam masa 24 jam bersama senarai stok sebenar dan sebut harga rasmi syarikat.

Sila masukkan nama penuh pegawai atau pemohon.
Sila masukkan nombor WhatsApp Malaysia yang sah.
Sila nyatakan nama syarikat untuk urusan sebut harga rasmi.

9. Soalan Lazim (FAQ)

J: Sebut harga rasmi syarikat dan draf e-Invois LHDN disiapkan dalam masa 24 jam selepas butiran lengkap diterima.
J: Ya. Kami menyemak baki peruntukan stok fizikal terus di rangkaian bilik pameran sah Toyota. Jika unit sedia ada, urusan lock nombor casis boleh dibuat segera tanpa perlu tunggu berbulan-bulan.
J: Betul. Bawah Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenderaan komersial layak mendapat 100% Qualifying Capital Expenditure (Elaun Permulaan 20% dan Elaun Tahunan 20%). Ini berbeza dengan kenderaan penumpang biasa yang dihadkan potongan sehingga RM50,000 sahaja.
J: Boleh. Kami bekerjasama dengan panel bank komersial utama di seluruh Malaysia. Kelulusan pinjaman syarikat biasanya mengambil masa 24 hingga 48 jam dengan 6 bulan penyata bank syarikat.
J: 100% percuma. Tiada sebarang bayaran booking atau wang pendahuluan diminta di laman ini. Semua urusan rasmi hanya dibuat melalui akaun bank pengedar sah Toyota.
Toyota Hilux 2026 Stok Fizikal Sedia Ada
Semak Baki Unit